PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM PDRM BERSAMA KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-217

Pada 27 Jun 2024 – Majlis Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Bersama Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Hari Polis Ke-217 yang diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL Kuala Lumpur telah dihadiri oleh DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Dr. Hj. Adnan Mat, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh, barisan Pengarah PDRM, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri, ACP Rahmat Ariffin, Ketua Urus Setia Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan, Encik Anuar Mamat, Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS, Encik Sudarmazi Joli, Presiden Kesatuan Kakitangan Pegawai Awam Polis Sarawak (SPOCSU), serta Encik Mohd Syukri Tahir, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Polis Sabah (SPACSU).

Perhimpunan seramai lebih 300 orang Pegawai Awam PDRM dari seluruh kontinjen serta formasi PDRM, merupakan acara tahunan menjelang Hari Polis setiap tahun dan merupakan salah satu medium untuk membolehkan Pucuk Pimpinan Pasukan bersua muka dengan para pegawai awam.
Pada majlis tersebut juga terdapat banyak amanat-amanat penting yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Presiden CUEPACS dan Presiden PACSU kepada peserta perhimpunan yang diharapkan dapat menjadi azimat dalam melakukan tugas hakiki masing-masing.

PACSU Cawangan PULAPOL Kuala Lumpur juga telah menghantar seramai 48 orang ahli yang terdiri dari seorang pembaca doa, 6 orang pembawa dulang, 7 orang penerima sijil penghargaan dan 34 orang deligasi.

PERHIMPUNAN 1 PERHIMPUNAN 2 PERHIMPUNAN 3 PERHIMPUNAN 4 PERHIMPUNAN

,