PENYERAHAN KERUSI RODA KEPADA AHLI PACSU MELAKA

Melaka, 2 Julai 2024 – Pengerusi PACSU Caw. Melaka Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi bersama Sdri Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha) telah membuat penyerahan kerusi roda kepada ahli PACSU Melaka iaitu Sdri Fairuz Binti Ismail di pejabat Komersil IPK Melaka.

Kerusi roda ini diterima dari NGO yang telah diusahakan oleh PACSU Pusat. Beliau berusia 59 tahun telah menggunakan kerusi roda akibat daripada sakit darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan semput sejak tahun 2016.

Semoga dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memberi keselesaan kepada beliau. PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan beliau dan diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

IMG_20240702_125115

,