MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KOMANDAN DAN PENGERUSI PERKEP PULAPOL KUALA LUMPUR

Pada 09/07/2024 (Selasa) bertempat di Dataran Kawad dan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim PULAPOL Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan dan Serah Terima Tugas Jawatan Komandan dan Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur. Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur antara YDH SAC Muhammad Idzam Bin Dato’ Hj. Jaafar dan ACP Muhammad Najib Bin Hamzah, Timbalan Komandan (Latihan) yang disaksikan oleh YDH DCP Sulaiman bin Hussain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman.
Manakala Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuala Lumpur antara YBhg. Puan Nor A’ini Binti Daud dan YBhg. Puan Syahda Binti Abu Hasan, Naib Pengerusi PERKEP (1) PULAPOL Kuala Lumpur yang disaksikan oleh YBhg. Puan Rashidah Binti Rahmad, Ketua Biro Pendidikan PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM.
Untuk makluman, YDH SAC Muhammad Idzam Bin Dato’ Hj. Jaafar menjalani pertukaran ke Negeri Sembilan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri. Majlis tersebut telah turut dihadiri oleh seramai 36 orang Pegawai Awam dari setiap cawangan / unit di PULAPOL Kuala Lumpur.
Semoga YDH Tuan dan YBhg. Puan Sentiasa di Payungi Rahmat Allah SWT dan Selamat Maju Jaya.

Disediakan Oleh
Media PACSU
PULAPOL KL

SERAH 1 SERAH 2 SERAH 3 SERAH 4 SERAH 5 SERAH 6 SERAH 7 SERAH 8 SERAH 9 SERAH 10 SERAH

,