LAWATAN KEBAJIKAN IBU PEGAWAI AWAM JSJ, IPK MELAKA

Peringgit, Melaka, 05 Julai 2024 – Satu lawatan kebajikan ke atas ibu ahli PACSU Melaka Sdri Nur Diyana binti Ahmad bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka, di Hospital Besar Melaka oleh Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari).

Ibu beliau telah mengalami bengkak kaki dan telah menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Sri Tanjung. Atas arahan Doktor ibu beliau telah dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan disyaki ibu beliau mengalami masalah buah pinggang. Ibu pegawai awam ini kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU Hybrid).

Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas Puan Rohaya binti Ahmad sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.

IMG-20240706-WA0008

,