KUNJUNG HORMAT BARISAN AJK PACSU CAWANGAN MELAKA KE ATAS YDH KETUA POLIS DAERAH JASIN MELAKA

10 Julai 2024, Rabu – YDH DSP Ahmad Jamil Radzi, Ketua Polis Daerah Jasin telah menerima kunjungan hormat daripada Sdra Nor Hazwan Mohamad Rafidzi, Pengerusi Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Awam, Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Melaka di Pejabat KPD Jasin, hari ini.

Kunjungan hormat diadakan adalah sebagai suai kenal bersama pelantikan baharu barisan ahli jawatankuasa bagi Tahun 2024/2027.

Dalam pertemuan itu juga, YDH Ketua Polis Daerah Jasin berharap agar semua Pegawai Awam yang berkhidmat di pasukan ini dapat bersama-sama berganding bahu dalam semua urusan pentadbiran dan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang diadakan.

Hadir sama Sdri Fariyantiyy Abharim (Setiausaha), Sdri Haslinda Yusman (Bendahari), Sdra Riduan Muder, Sdri Jarinah Jailani dan Sdri Dzarith Amdan, Ahli Jawatankuasa PACSU Kontinjen Melaka .

FB_IMG_1720615772419FB_IMG_1720615765125FB_IMG_1720615754243FB_IMG_1720615756241

,