AHLI PACSU MELAKA MENYERTAI KEJOHANAN LAWN BOWLS PIALA KPN 2024 DI KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, 8 Julai 2024 – Bertempat di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu telah diadakan Temasya Sukan Piala KPN Fasa 2 tahun 2024. Kejohanan melibatkan 5 sukan iaitu Lawn Bowls, Badminton, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Karate berlangsung dari 1 hingga 7 Julai 2024. 

Seramai 5 orang peserta mewakili Pasukan Lawn Bowls PDRM Melaka terdiri daripada AJK dan Ahli PACSU Melaka iaitu Sdra Mohd Faiz Bin Mohd Zin (AJK) Sdra Syah Rizal Bin Muhamad Noh (Perwakilan), dah 3 Ahli PACSU Sdra Mohd Fadli Shah Bin Abu Bakar, Ustaz Mohammad Raimi Bin Zainal dan Sdra Hanafiah Bin Abd Manaf.

Pasukan Lawn Bowls PDRM Melaka juga sangat beruntung kerana dibimbing oleh Jurulatih Sdra Rozali Bin Md Nor yang juga mantan Pengerusi PACSU Melaka.

Pada Kejohanan tahun ini Pasukan Lawn Bowls PDRM Melaka telah berjaya hingga ke pusingan Suku Akhir, manalaka Pasukan Lawn Bowls dari Bukit Aman telah menjadi Johan di ikuti Pasukan Selangor di tempat kedua dan tuan rumah pasukan Terengganu di tempat ke tiga.

Pacsu Cawangan Melaka dengan ini mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dan wakil peserta dari PACSU Caw. Melaka yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Kontinjen Terengganu kerana menjadi tuan rumah pada tahun ini dengan susun atur kejohanan yang sangat baik dari awal hingga ke penghujungnya.

IMG-20240711-WA0043

,