LAWATAN KEBAJIKAN SUAMI PEGAWAI AWAM BAHAGIAN LOGISTIK, IPD JASIN MENINGGAL DUNIA

Jasin, Melaka, 28 Jun 2024 – Suami Pegawai Awam IPD Jasin telah meninggal dunia akibat kemalangan dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pernu, Jasin, Melaka. Isteri beliau iaitu Sdri Mastura Binti Jaafar bertugas di Bahagian Logistik, IPD Jasin, Melaka. 

Allahyarham telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan telah meninggalkan isteri dan anak berumur 1 Tahun 6 bulan.

Lawatan kebajikan telah dihadiri oleh Sdri Jarinah Binti Jailani (AJK), Dzarith Binti Amdan (AJK), Arliana Binti Aris (AJK), dan Mohd Riduan Bin Muder (AJK).

Semua warga PACSU Melaka mendoakan agar Sdri Mastura diberikan kekuatan dan mendoakan agar ruh Allahyarham Mohd Azlan diampun segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

IMG-20240628-WA0077

,