Bukit Beruang, Melaka, 24 Jun 2024 – Sumbangan ke atas anak ahli PACSU Melaka Sdri Suhaila Binti Abd Manap bertugas di JSJK, IPK Melaka telah diserahkan oleh Sdri Haslinda Binti Yusman (Bendahari).
Anak beliau telah masuk ke Hospital Besar Melaka akibat jangkitan kuman paru-paru.
Anak beliau telah mengalami batuk dan muntah-muntah. Alhamdulillah sekarang anak beliau telah kembali pulih dan telah keluar dari wad.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas adik Nur Ajwa Humairah sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.