SESI PERJUMPAAN BARISAN KEPIMPINAN PACSU CAWANGAN MELAKA BERSAMA YDH DATUK WIRA KETUA POLIS MELAKA

Bukit Beruang, Melaka, 24 Jun 2024 – Satu sesi perjumpaan barisan kepimpinan PACSU Cawangan Melaka terdiri daripada Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari)dan ahli jawatankuasa bersama Ydh DCP Datuk Wira Hj Zainol Bin Hj Samah (Ketua Polis Melaka) telah diadakan di pejabat Ydh Datuk Wira, di IPK Melaka. Turut hadir DSP Arishah Zairee Bin Abu Bakar (PT Pentadbiran), IPK Melaka dan Sdra Syed Ahmad Bin Syed Shahardin (Pegawai Pelajaran PACSU)

Dalam perjumpaan tersebut, banyak perkara telah dibincangkan. YDH Datuk Wira telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada barisan kepimpinan yang baharu untuk menjalanlan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang dalam usaha menjaga kebajikan dan permasalahan pegawai awam kontinjen Melaka khususnya seterusnya dapat memantapkan lagi perkhidmatan dan kredibiliti pegawai awam kontinjen Melaka.

YDH Datuk Wira menyokong penuh segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PACSU sebagai salah satu tonggak dalam memacu kemajuan PDRM Kontinjen Melaka khususnya.

IMG-20240624-WA0045

,