KHUTBAH JUMAAT OLEH PENGERUSI PACSU CAWANGAN MELAKA

MELAKA, 21 Jun 2024 – Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi selaku Pegawai Hal Ehwal Agama Islam IPK Melaka merangkap Pengerusi PACSU Cawangan Melaka dengan tajuk ”Sifat Penghuni Syurga”.

Jemaah terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka serta ahli keluarga yang tinggal di Berek Polis Temenggung.

Inti pati khutbah pada hari ini adalah berkisarkan tentang ciri-ciri penghuni syurga dan bagaimana caranya untuk menerapkan diri menjadi ahli syurga.

Semoga apa yang telah disampaikan akan dapat dijadikan panduan dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.

 

IMG-20240624-WA0108

,