PEYERTAAN PACSU CAWANGAN PULAPOL KE KEJOHANAN BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU 2024

18 Mei 2024 telah berlangsung Kejohanan Bowling Piala Presiden PACSU bertempat di Aspiration Centre, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.  PACSU Cawangan Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah tahun ini telah menarik penyertaan keseluruhan PACSU di cawangan-cawangan termasuk PACSU Cawangan PULAPOL Kuala Lumpur yang telah menghantar satu kumpulan yang dibarisi pemain yang hebat iaitu Sdra. Nik Mohd Azeim (Maktab KKB), Sdra. Muhamad Syarizal (PULAPOL KL) Sdri. Siti Salmi (PULAPOL KL) dan Sdri. Nor Azlina (JSJN PULAPOL KL) dibawah pengurusan dan seliaan Sdri. Nurhanum Ismail.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Sdra. Anuar Bin Mamat bertempat di Dewan Komuniti Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang. Kehadiran semua Pegawai Kanan PACSU, barisan EXCO, pemain dan penyokong masing-masing telah memeriahkan majlis penutup kali ini. Tahun ini PACSU Cawangan Pahang telah merampas kejuaraan dari juara dua tahun berturut-turut iaitu PACSU Cawangan Kelantan. Dua orang pemain lelaki dan dua orang pemain wanita yang membuat jatuhan pin tertinggi akan mewakili PACSU Malaysia ke Kejohanan Bowling Piala Presiden PACSU pada penghujung bulang jun nanti.  Syabas dan tahiah untu semua.

BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU 2024 2 BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU 2024 3 BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU 2024 4 BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU 2024 5 BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU 2024

,