PERHIMPUNAN BULANAN KOMANDAN BAGI BULAN MEI TAHUN 2024

30/05/2024 (khamis) bertempat di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Komandan PULAPOL KL bagi bulan Mei tahun 2024, memperbaharui ikrar & majlis penyampaian sijil penghargaan PULAPOL KUALA LUMPUR yang disempurnakan oleh YDH SAC Muhammad Idzam bin Dato’ Hj. Jaafar Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis , Pegawai Awam, Inspektor dan Sarjan Pelatih PULAPOL KL.  Hampir keseluruhan Pegawai Awam PULAPOL Kuala Lumpur hadir pada perhimpunan kali ini.

Sdra. Timbalan Presiden PACSU telah diamanahkan untuk memimpin bacaan doa, dan seramai lima orang Pegawai Awam PULAPOL Kuala Lumpur telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu Sdra.Rosli Bin Daud, Sdri. Norhuda Binti Tajuddin, Sdri. Yantiaini Binti Mohamed Yusuf, Sdri. Nurhanum Binti Ismail dan Sdri. Suhana @ Noorhuda Binti Suhaimi, manakala dua orang ahli PACSU penerima Surat Penghargaan Komandan iaitu Sdra. Muhammad Sufyan Bin Kamaruzaman dan Sdri. Siti Suzila Binti Abd Rashid  Tahniah dan syabas kepada yang terpilih kali ini.

Disediakan Oleh

Mozabima PULAPOL KL

 

PERHIMPUNAN BULANAN KOMANDAN 1 PERHIMPUNAN BULANAN KOMANDAN 2 PERHIMPUNAN BULANAN KOMANDAN 3 PERHIMPUNAN BULANAN KOMANDAN

,