BUKIT AMAN , 07 Jun 2024 – Mesyuarat Ahli Jawantankuasa Kerja PACSU Cawangan Bukit Aman Bil.17 telah diadakan di Pejabat PACSU Cawangan Bukit Aman jam 08:30 pagi. Mesyuarat di pengerusikan oleh Puan Farah binti Shahibi,Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman.
Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi dan pengesahan minit mesyuarat bil.16 telah disahkan oleh Biro Pelajaran ,Saudari Nordalilah bt Ismail. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan persediaan akhir berkaitan Perhimpunan Pegawai Awam Bersama KPN Tahun 2024, persiapan AGM kali ke-73 dan Pemilihan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Bukit Aman Sesi 2024.
Selain daripada itu , turut dibincangkan aktivti-aktiviti lain yang akan dijalankan pada tahun ini seperti yang telah dirancang pada mesyuarat sebelum ini serta beberapa perkara lain telah diajukan pada agenda hal-hal lain.Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.