MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PULAPOL KUALA LUMPUR KE- 35 TAHUN 2024

Pada 13 Jun 2024 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan PULAPOL Kuala Lumpur Ke-35 untuk sesi 2024-2027 yang telah dirasmikan oleh YDH SAC Muhammad Idzam Bin Dato’ Hj. Jaafar, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur. Turut hadir Supt. Razali Bin Hj. Muhammed Shahid, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) dan ketua-ketua cawangan. Pegawai kanan PACSU telah diwakili oleh Tuan Hj. Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU), Sdra. Mohd Azli Bin Suhaimi (Setiausaha Agung PACSU) dan YM Raja Hazlan Bin Raja Hussin (Bendahari Agung PACSU).

Seramai 85 orang ahli telah hadir bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini, walaupun ketidakhadiran Sdra. Saifu Zaman Bin Yusof (Pengerusi) disebabkan masalah kesihatan dan Sdri. Fatmawatiadila Binti Abdul Wahab (Setiausaha) yang diarahkan bertukar, namun mesyuarat telah berjaya diadakan pada tarikh yang dijadualkan. Mesyuarat Agung kali ini adalah merupakan tahun pemilihan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2024 – 2027, dimana keputusan pemilihan Pegawai dan Jawatankuasa untuk tempoh tiga tahun kedepan telah diumumkan oleh Sdri. Siti Aisyah Binti Che Muhammad @ Awang, selaku Ketua Jemaah Pemeriksa dan Pengira Undi bahawa semua jawatan telah menang tanpa bertanding.

Disediakan Oleh ;
Mozabima PLPKL

AGM PULAPOL 1 AGM PULAPOL 2 AGM PULAPOL 3 AGM PULAPOL 4 AGM PULAPOL 5 AGM PULAPOL 6 AGM PULAPOL 7 AGM PULAPOL 8 AGM PULAPOL

,