SESI PERJUMPAAN BERSAMA KETUA JABATAN PENGURUSAN, IPK MELAKA

Bukit Beruang, Melaka, 5 Jun 2024 – Satu sesi perjumpaan AJK tertinggi PACSU terdiri daripada Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Sdri Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha), dan Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari) bersama YDH Supt Aniesa Hanum binti Ahamad (Ketua Jabatan Pengurusan, Ipk Melaka) telah diadakan di pejabat KJP di IPK Melaka.

Dalam perjumpaan tersebut, banyak perkara telah dibincangkan. Beberapa teguran dan nasihat daripada Ydh KJP dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan dan kredibiliti pegawai awam khususnya bg kontinjen Melaka.

YDH KJP juga berharap dengan kepimpinan PACSU yang baru dapat memimpin pegawai awam Kontinjen Melaka khususnya ke arah lebih baik dan cemerlang.

WhatsApp Image 2024-06-05 at 12.04.36 PM (2)

,