Raptai Penuh Sempena Majlis Perhimpunan Pegawai Awam PACSU Malaysia Tahun 2023.

Kehadiran Delegasi Kontinjen Selangor seramai 21 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PACSU Selangor dalam Sesi Raptai Penuh Sempena Majlis Perhimpunan Pegawai Awam PACSU Malaysia Tahun 2023 bertempat di PULAPOL Kuala Lumpur.
Majlis ini antara majlis yang signifikan buat semua Pegawai Awam yang berkhidmat dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana majlis anjuran Jabatan ini antara pengiktirafan tertinggi Ketua Polis Negara kepada semua Pegawai Awam yang telah menyumbang dan memberi komitmen terhadap jabatan PDRM.
Semoga Majlis Perhimpunan ini berjalan lancar & berjaya serta memberi perangsang buat semua Pegawai Awam untuk terus menyumbang dalam perkhidmatan awam & PDRM khususnya.
400175394_654033643584734_2659768588616253992_n 400725828_654033650251400_1974499750243196164_n 400756545_654033573584741_6535452311126879611_n
,