Pada 13 Julai 2023, bertempat di Wisma Selangor Dredging, Kuala Lumpur, satu sesi perbincangan khas telah berlangsung yang dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Selangor En Affendi Bin Kamarudin, turut dihadiri oleh Pengerusi PACSU Bukit Aman, Farah Binti Shahibi, Pengerusi PACSU Kuala Lumpur, En Wan Muhammad Ridhuan Bin Nor Hakim dan Bendahari PULAPOL, En Supian.
Perbincangan yang melibatkan hala tuju aktiviti, program, kabajikan serta koloberasi diantara 4 kontinjen Lembah Klang ini dilihat satu pendekatan yang amat signifikan memandangkan keahlian 4 kontinjen ini dilihat sangat dekat antara satu sama lain dari aspek kedudukan mereka dan boleh disatukan dalam satu program yang berimpak tinggi kepada ahli khususnya.
Perbincangan turut dihadiri Setiusaha PACSU Bukit Aman, En Fahlawi, Bendahari PACSU Bukit Aman En Qayyum, AJK PACSU Selangor, Puan Noor Shafinaz Binti Omar
dan En Muhammad Farid Bin Mohammad Hassan.