PENYAMPAIAN BANTUAN PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) ZON SELATAN TAHUN 2024

Bandar Hilir, 6 Jun 2024 – Majlis penyampaian bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Zon Selatan Tahun 2024 telah diadakan di Hotel Hatten, Bandar Hilir, Melaka. PACSU Cawangan Melaka, telah menerima geran sebanyak RM2900 bagi Kluster Peralatan ICT. Turut hadir ke majlis tersebut Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Sdri Fariyantyyi binti Abharim (Setiausaha), Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari), Sdri Arliana binti Aris (AJK) dan Sdri Masturah binti Md Som (AJK).

AJK PACSU Melaka telah terlibat secara tidak langsung sebagai urusetia penyambut tetamu dan majlis bacaan ikrar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybrs Tuan Haji Mohd Asri Bin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia). Sebanyak 70 kesatuan telah menerima geran tersebut meliputi peruntukan latihan dan kursus serta geran Kluster Peralatan ICT. Mudah-mudahan dengan geran ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan kesatuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Tahniah kepada semua penerima.

WhatsApp Image 2024-06-06 at 16.06.16_e8c71282

,