PEMILIHAN JAWATANKUASA BARU PACSU CAWANGAN MELAKA BAGI TAHUN 2024-2027

IPK Melaka, 9 Mei 2024 – PACSU Caw. Melaka telah mengadakan Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru bagi mengemudi PACSU Caw. Melaka bagi tahun 2024/2027. Seramai 264 orang ahli mewakili ahli PACSU dari IPK Melaka, IPD Alor Gajah, IPD Jasin dan IPD Melaka Tengah telah membuang undi pada 6-7 Mei yang lepas. Hasil dari undian tersebut maka terbentuklah jawatankuasa yang baru. Semua jawatan telah dipertandingkan dengan adil dan saksama tanpa ada sebarang provokasi dan telah berjalan dengan baik dan lancar.
Pengumuman jawatankuasa yang baru juga telah disaksikan oleh Timb Presiden Tn Haji Mohd Zaki, Setiausaha Agung Sdra Mohd Azli, Bendahari Agung PACSU YM Raja Hazlan dan Pegawai Pelajaran Sdra Syed Ahmad. Dengan pengumuman dan pelantikan tersebut maka terbentuklah jawatankuasa baru yang akan mengemudi PACSU Caw. Melaka bagi tahun 2024/2027.
Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi selaku Pengerusi PACSU Caw. Melaka yang baharu telah memberi ucapan terima kasih kepada semua ahli yang turun mengundi dan mengharapkan semua ahli PACSU Caw. Melaka dapat menyokong dan memberi sokongan yang penuh kepada jawatankuasa yang baru dilantik demi menaikkan kembali nama PACSU Caw. Melaka gah di persada Malaysia.
WhatsApp Image 2024-05-28 at 22.44.05_de384869
,