PACSU CAWANGAN MELAKA MENYERTAI KEJOHANAN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2024

Pulau Pinang, 18 Mei 2024 – Bertempat di Aspiration Centre Sunshine Square, Pulau Pinang Pacsu Malaysia telah mengadakan Kejohanan Boling Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2024 anjuran PACSU Caw. Pulau Pinang selaku tuan rumah pada tahun ini. PACSU Caw. Melaka telah menghantar seramai 4 orang peserta bagi mewakili cawangan terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Turut mengiringi pasukan adalah Pengerusi Pacsu Caw. Melaka Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi, Setiausaha PACSU Caw. Melaka Sdri Fariyantiyy Binti Abharim, Bendahari PACSU Caw. Melaka Sdri Haslinda Binti Yusman dan Sdri Jarinah Binti Jailani selaku wakil AJK. Pengerusi PACSU Caw.Melaka Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi juga turut bertanding sebagai pemain dalam kategori VIP.
Pada tahun ini johan bagi kategori individu lelaki telah dirangkul oleh En. Amirul Naim bin Ahmad daripada PACSU Caw. Pahang dengan jatuhan pin sebanyak 551, kategori individu wanita Pn. Wan Sahaini binti Wan Jaafar daripada PACSU Caw. Kuala Lumpur dengan jatuhan pin sebanyak 578 dan Johan bagi kategori kumpulan jatuh kepada PACSU Caw. Pahang dengan jatuhan pin keseluruhan sebanyak 2040. Johan bagi kategori VIP pula telah dirangkul oleh Pengerusi PACSU Caw. Melaka iaitu Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi dengan jatuhan pin sebanyak 475.
Pacsu Cawangan Melaka dengan ini mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dan wakil peserta dari PACSU Caw. Melaka yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Pacsu Cawangan Pulau Pinang kerana menjadi tuan rumah pada tahun ini dengan susun atur kejohanan yang sangat baik dari awal hingga ke penghujungnya.
442496143_122099237450333742_5292720435251193628_n
,