MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG PACSU BIL 7 PENGGAL KE-38 [2021-2024]

WhatsApp Image 2024-06-01 at 10.31.55 AM

KUALA LUMPUR, 31MEI 2024 : Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung PACSU Bil 7 Penggal Ke-38 [2021-2024] telah diadakan di Ancasa Hotel Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Presiden PACSU Malaysia, Sdra. Anuar bin Mamat.

Puan Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman telah menghadiri mesyuarat ini dan turut hadir bersama ialah barisan kepimpinan PACSU Malaysia dan semua Exco Negeri.

Pelbagai permasalahan dibincangkan terutama berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan dan juga Perhimpunan Pegawai Awam bersama Ketua Polis Negara yang akan diadakan pada 27 Jun 2024 bertempat di PULAPOL Kuala Lumpur.

Pada Mesyuarat kali ini juga, PACSU Cawangan Bukit Aman telah diumumkan memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Penyediaan Artikel Aktiviti-Aktiviti Laman Web PACSU bagi tempoh 30.01.2024 hingga 28.05.2024.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Bukit Aman di atas pencapaian ini.

WhatsApp Image 2024-05-31 at 11.57.40 PM

WhatsApp Image 2024-06-01 at 10.32.14 AM WhatsApp Image 2024-06-01 at 10.32.35 AM WhatsApp Image 2024-06-01 at 10.33.04 AM

 

,