MESYUARAT AJK PACSU SESI 2024/2027

IPK MELAKA, 23 Mei 2024 – Mesyuarat AJK PACSU bagi sesi 2024/2027 bersama jawatankuasa yang baru telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan, IPK Melaka. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi selaku Pengerusi Caw. Melaka yang baru dan turut dihadiri oleh semua jawatankuasa yang baru dilantik.
Mesyuarat tersebut telah bermula jam 9.30 pagi bertujuan bagi sesi suaikenal bersama jawatankuasa yang baru dilantik serta perbincangan mengenai visi, misi dan halatuju PACSU Caw. Melaka bagi sesi 2024/2027. Pengerusi juga menasihati jawatankuasa yang baru dilantik untuk bersama-sama berganding bahu dan memberi komitmen yang sepenuhnya agar setiap program yang diadakan berjalan dengan sempurna dan jayanya.
445701373_122099244872333742_8013975066515386839_n
,