MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PAHANG KALI KE 52 TAHUN 2024 ( PENGGAL 2024/2027)

IPK Pahang, 11 Jun 2024 – Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang kali ke 52 Tahun 2024 bagi penggal 2024 / 2027 di Dewan Kelisa, Mess Pegawai Kanan, Markas Briged Tenggara, PGA yang telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Noor Hisham bin Nordin, Timbalan Ketua Polis Pahang.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 131 orang ahli Pacsu dari seluruh daerah Negeri Pahang termasuk daripada Briged Tenggara PGA, Batalion 7 PGA dan Pasukan Marin Wilayah 3 Kuantan.
Untuk makluman, semua calon – calon bagi pemilihan ahli jawatankuasa telah menang tanpa bertanding dan akan terus menggalas tugas bagi penggal tahun 2024 / 2027.
,