MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN PERLIS KALI KE-22 TAHUN 2024

Kangar, 12 Jun 2024 – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (Police Administrative And Civilian Staff Union) Kontinjen Perlis pada pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Perlis kali ke-22 bertempat di Dewan Serbaguna IPK Perlis.

Mesyuarat dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis.

Hadir sama Y.Bhg Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU Malaysia dan Yg.Mulia Raja Hazlan bin Raja Husin (Bendahari Agung PACSU Malaysia, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, dan Pegawai Awam PDRM Kontinjen Perlis yang merupakan ahli PACSU seramai 109 orang.

Selesai majlis perasmian, turut diadakan mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2024-2027, membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan permasalahan ahli dan hal-hal yang lain.

#PolisPerlis
#PACSUCawanganPerlis

,