LAWATAN KEBAJIKAN BAPA MERTUA PEGAWAI AWAM CAW. KHAS IPD ALOR GAJAH MENINGGAL DUNIA

Alor Gajah, Melaka, 13 Mei 2024 – Sdra Nor Hazwan bin Mohamad Rafidzi, Pengerusi PACSU Caw. Negeri Melaka bersama Sdra Mat Yusme Bin Mat Yusof dan Sdri Ustazah Amira mewakili AJK PACSU Caw. Negeri Melaka telah membuat lawatan kebajikan ke atas ahli PACSU Melaka Sdri Nuratirah Binti Zakaria bertugas di Caw. Khas Alor Gajah di atas kematian bapa mertuanya nya iaitu Sahat Bin Mohd Dom berumur 77 tahun. Dalam lawatan tersebut Pengerusi PACSU Caw. Negeri Melaka telah menziarahi ke rumah ahli tersebut. Jenazah bapa mertuanya telah selamat dikebumikan pada jam 9.30 malam. Semoga Sdri Nuratirah Binti Zakaria diberi kekuatan di atas ujian yang diberikan oleh Allah SWT.

445518219_122099236334333742_3554004246858577363_n

,