Latihan Dalam Perkhidmatan Sub Modul HRMIS Pengurusan Perhubungan Majikan Dan Pekerja Vol 2.0 Zon Tengah

Pengerusi PACSU Selangor, En Affendi Bin Kamarudin telah menghadiri LDP Sub Modul HERMIS Pengurusan Perhubungan Majikan & Pekerja Vol 2.0 Zon Tengah di Maktab PDRM Cheras pada 18/10/2023.
LDP tersebut telah memberikan peranan utama kepada Pengerusi & Setiausaha PACSU dalam menerima pelbagai permasalahan di kalangan ahli dalam Jabatan PDRM menerusi medium dan platform Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) yang memberikan satu kelebihan buat semua ahli PACSU di seluruh Malaysia khususnya ahli-ahli di Selangor.
Terima kasih kepada Jabatan PDRM kerana telah memberikan ruang & peluang kepada semua Pegawai Awam ahli-ahli PACSU khususnya dalam memperkasakan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan bersama-sama dengan Jabatan PDRM secara kolektif di mana matlamatnya adalah untuk menambahbaik mutu dan kualiti perkhidmatan dalam pentadbiran awam.
392790895_643030341351731_3461517427320850336_n 392882161_643030348018397_527044955989965410_n 392887877_643030288018403_7585486685783715838_n 392890344_643030298018402_7690631948421711300_n
,