IPK Melaka, 21 Mei 2024 – Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), Kursus Pengurusan Jenazah Islam anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Melaka dengan Kerjasama PACSU Caw. Melaka telah diadakan di Dewan Serbaguna, IPK Melaka melibatkan 39 peserta terdiri dari 20 Pegawai Rendah Polis dan 19 Pegawai Awam Kontinjen Melaka bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 4.00 petang.
Hasil dari LDP tersebut peserta dapat memahami kaedah dan pelaksanaan menguruskan jenazah yang merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam. Ceramah tersebut diisi dengan slot teori dan amali yang telah disampaikan oleh Ust Hj Rosli Bin Hj Rahman dan Ustzh Sulizahwati yang merupakan pakar dalam pengurusan jenazah Islam negeri Melaka.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YDH Supt Amiruddin Bin Salleh, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Melaka. Pengerusi PACSU Caw. Melaka Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi turut menyampaikan cenderahati kepada para peserta yang telah menawarkan diri menjadi model jenazah dan Ydh Supt Amiruddin Bin Salleh , Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard turut berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua penceramah jemputan tersebut. LDP tersebut telah berjalan dengan baik dan lancar dari awal hingga ke akhir serta mendapat impak yang positif dari peserta.