KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU TAHUN 2024

Imej WhatsApp 2024-05-21 pada 4.53.27 PTG (1)

PULAU PINANG, 18 Mei 2024 : Kejohanan Tenpin Boling Piala Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (PACSU) Tahun 2024 telah diadakan di Aspiration Centre,Sunshine Square Bayan Lepas, Pulau Pinang , dengan 21 pasukan mewakili PACSU Cawangan dan 4 pasukan VIP mewakili Pegawai Kanan PACSU dan Exco PACSU.

Pemain bagi PACSU Cawangan Bukit Aman pada kejohanan kali ini terdiri daripada,  Saudara Mohd Abdul Qayum bin Abdul Latiff selaku Bendahari PACSU Cawangan Bukit Aman, Saudari Nurul Syahida binti Mahamud, Saudari Nurul Asyikin binti Shamsuddin, Saudara Mohd Azim bin Al-Hami Husain dan Saudari Aqilah binti Safian.

81a25221-e142-4a50-8c45-75353498a4e5

Kejohanan kali ini dimulakan dengan gimik perasmian dari PACSU Cawangan Pulau Pinang dengan memperkenalkan bendera baharu PACSU Malaysia dan PACSU Cawangan.

Imej WhatsApp 2024-05-21 pada 4.53.30 PTG (1)


Imej WhatsApp 2024-05-21 pada 4.53.55 Petang


Presiden PACSU, Saudara Anuar Bin Mamat yang turut hadir bersama Timbalan Presiden PACSU, Tuan Haji Mohd Zaki Bin Mahmood, Naib Presiden PACSU, Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU, Saudara Mohd Azli bin Suhaimi, Bendahari Agung PACSU, YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Timbalan Setiausaha Agung PACSU, Saudara Rohaizad bin Khalil dan Pegawai Pelajar PACSU, Saudara Syed Ahmad bin Syed Shahardin.

Imej WhatsApp 2024-05-21 pada 4.53.30 PetangImej WhatsApp 2024-05-21 pada 4.53.27 Petang

PACSU Cawangan Bukit Aman mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cawangan Pahang atas kejayaan menjadi juara bagi kategori kumpulan dengan 2,040 jatuhan pin keseluruhan. PACSU Cawangan Pulau Pinang pasukan A muncul naib juara dengan 1,906 jatuhan pin. Tempat ketiga pula menjadi milik PACSU Cawangan Kedah dengan 1,891 jatuhan pin , PACSU Cawangan Kuala Lumpur (keempat) dan PACSU Cawangan Negeri Sembilan pasukan B (kelima).

Imej WhatsApp 2024-05-21 pada 4.53.17 PTG (1)

Juara kejohanan individu lelaki pula menjadi milik Amirul Naim bin Ahmad dari PACSU Cawangan Pahang dengan 551 jatuhan pin. Ramlan bin Ahmad dari PACSU Cawangan Pulau Pinang pasukan A muncul naib juara dengan 520 jatuhan pin. Tempat ketiga pula menjadi milik Fauzan bin Abdullah dari PACSU Cawangan Pahang dengan 519 pin jatuhan.

Bagi juara kejohanan individu perempuan pula menjadi milik Wan Sahaini binti Wan Jaafar dari PACSU Cawangan Kuala Lumpur dengan 578 jatuhan pin. Rohaya binti Abd Rahim dari PACSU Cawangan Kedah muncul naib juara dengan 538 jatuhan pin. Tempat ketiga pula menjadi milik Noorliana binti m Yunus dari PACSU Cawangan Pulau Pinang pasukan A dengan 517 jatuhan pin.

Majlis perasmian penutup Kejohanan Tenpin Boling Piala Presiden PACSU Tahun 2024 diadakan di Dewan Serbaguna, Pasukan Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang pada sebelah petang. Dalam majlis ini turut diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan, hadiah bagi beberapa kategori yang dipertandingkan kepada semua pihak yang terlibat serta diadakan juga cabutan bertuah.

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.26 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.25 PM (2)

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.25 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.23 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.22 PM (1)

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.22 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.21 PM (2)

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.21 PM (1)

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.21 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.16 PM (1)

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.16 PM (2)

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.17 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.16 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.14 PM (1)

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.14 PM

WhatsApp Image 2024-05-21 at 4.53.56 PM


,