Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2023 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 30/9/2023.

Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, Selangor berjaya membawa cabaran penyertaan sebanyak 3 pasukan dan berjaya menggondol kejuaraan bagi pasukan futsal wanita.
Seramai 37 pemain & ahli PACSU di serata formasi di seluruh Selangor telah membawa cabaran dalam kejohanan ini.
Tahniah & terima kasih kepada pasukan PACSU Selangor A & Selangor B (Lelaki) di atas komitmen serta semangat juang yang tinggi semasa kejohanan.
Syabas & tahniah kepada pasukan wanita PACSU Selangor kerana buat julung-julung kalinya telah berjaya menjadi Juara dlm kejohanan yang berprestij ini.
Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kontinjen Selangor di atas kejayaan squad wanita yang telah menjadi juara dan yang paling penting, semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain-pemain Selangor serta pengurusan yang cekap telah membuktikan disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi membawa identiti yang cemerlang bagi pasukan futsal PACSU Selangor secara keseluruhannya.
Syabas & tahniah diucapkan kepada semua barisan pengurusan pasukan serta pemain-pemain PACSU Selangor lelaki & wanita.
384527045_632032119118220_8115923255220122526_n385699178_632032169118215_5457799696300784797_n385733033_633351962319569_2647763232250624624_n385879430_633343375653761_6309358901097104906_n385890645_633351912319574_7265360786021078005_n385905288_633342848987147_3044457411905140581_n386138162_633343448987087_2103931137715048460_n386152375_633342938987138_5653795774300315904_n
,