Bengkel Halatuju & Resolusi Gred Pentadbiran & Sokongan Bakat Seni & Sosial Cuepacs Tahun 2023.

Pengerusi PACSU Selangor En Affendi Bin Kamarudin bersama ahli PACSU dari Selangor dan Kuala Lumpur telah menyertai bengkel resolusi dalam membina 10 kertas cadangan terhadap penambahbaikan serta pembangunan gred perkhidmatan dalam sektor awam.
Program anjuran Majlis Bersama Kebangsaan & Cuepacs yang berlangsung selama 3 Hari bermula 1 September – 3 September 2023 yang bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur telah mencambahkan idea-idea baru dalam penambahbaikan skim perkhidmatan penjawat awam secara keseluruhannya.
Kesinambungan daripada pembangunan & penilaian serta penambahbaikan 10 kertas cadangan ini, membawa kepada satu resolusi yang akan dipersembahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar skim perkhidmatan penjawat awam dapat diperbaiki dan mengikut arus peredaran zaman.
Tahniah & Syabas PACSU Selangor kerana terlibat secara langsung dalam pembikinan kertas-kertas cadangan bagi meningkatkan mutu serta nilai dalam sektor perkhidmatan awam serta penjawat awam secara keseluruhannya.
374729518_617717720549660_2179456502400173792_n 374697326_617717677216331_4701990758841682093_n 374769380_617717787216320_5126098166586456881_n 374973007_617717520549680_2382887045349409289_n 374997628_617717633883002_6741518843316129341_n 375175813_617717670549665_3401590709918799779_n