Kelantan – 17/10/2023 : Ahli-ahli PACSU Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah terlibat dengan Program Ceramah Kesedaran Kanser Payudara & Saringan Kesihatan bersama Warga PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Program ini telah diadakan bermula dari jam 0900 hrs sehingga 1300 hrs bertempat di Rumah PERKEP IPD Kota Bharu.
Jumlah kehadiran adalah seramai 65 orang termasuk ahli-ahli PACSU IPD Kota Bharu. Delegasi penceramah adalah dari Hospital KPJ Pakar Perdana iaitu Dr. Ahmad Zahari bin Zakaria – Pakar Bedah Am, Dr. Nik Munirah bt Nik Mahdi – Pakar Radiologi, Puan Norzana binti Abdul Rajak – Pengurus Operasi, Puan Norasikin binti Mat Ripin – Eksekutif Operasi Bahagian Pemasaran & Komunikasi, 12 orang kakitangan KPJ dan 3 orang kakitangan LPPKN.
Atur cara program dimulai dengan ketibaan ahli-ahli PERKEP dan ahli-ahli PACSU IPD Kota Bharu. Kemudiannya ketibaan penceramah dan ketibaan YBhg. Puan Che Maini binti Che Mahmood, Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Bharu. Kemudian disusuli dengan nyanyian lagu PERKEP dan bacaan doa. Seterusnya ucapan aluan oleh YBhg. Puan Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Bharu mewakili YBhg. Puan Pengerusi PERKEP IPD Kota Bharu.
Sesi ceramah dimulai oleh Dr. Nik Munirah binti Nik Mahdi dengan tajuk “Bahaya Pembunuh Senyap, Pengesanan Awal Kanser Payudara Dan Gaya Hidup Sihat.” Program berehat sebentar bagi sesi minum pagi dan sesi ceramah disambung semula oleh Dr. Ahmad Zahari bin Zakaria dengan tajuk ceramah “Rawatan Penyakit Payu Dara Dan Kanser Payudara Dari Perspektif Pakar Bedah.”
Program diteruskan lagi dengan pengisian Slot dari LPPKN Cawangan Kelantan iaitu perkongsian pengalaman Puan Nik Zainab binti Nik Abdullah (Kakitangan KPJ) bekas seorang pesakit kanser payudara. Kemudian telah diadakan Pemeriksaan i-Breast dan pemeriksaan asas kesihatan. Majlis telah berakhir pada kira-kira jam 1300 hrs.
Antara objektif program yang telah dapat dicapai antaranya adalah telah memberi kefahaman dan kesedaran kepada ahli PERKEP dan ahli PACSU berkaitan pencegahan awal penjagaan kesihatan bagi mengelak penyakit kanser payudara. Memberi peluang kepada ahli PERKEP dan PACSU IPD Kota Bharu membuat saringan pemeriksaan kesihatan asas dan kesihatan payudara. Meningkatkan pengetahuan kepada ahli PERKEP dan ahli PACSU IPD Kota Bharu berkaitan penjagaan kesihatan sakit puan dan dapat menjalin kerjasama antara PERKEP dan PACSU IPD Kota Bharu dengan pihak Hospital Pakar Perdana dalam menjayakan program selepas ini.
Didie Hj. Roslan
#bersatumembantubersamaPACSU
#CLASS
#poliskelantan