CERAMAH MOTIVASI PDRM MELAKA ANJURAN JIPS DAN PACSU CAWANGAN MELAKA

445175402_122101902482333742_4315968267708598272_nMELAKA, 27 MEI 2024 – Ceramah Motivasi Peringkat PDRM Melaka anjuran Bahagian Agama & Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Melaka dan PACSU Cawangan Melaka telah diadakan di Auditorium IPK Melaka.

Program yang diadakan bermula 8.45 pagi dengan Kunjung Hormat kepada YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka. Turut hadir ACP Zulkifli Bin Arin, Ketua Cawangan Khas Melaka dan ACP Leow Kian Heong, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.
Ceramah telah disertai oleh seramai 140 orang peserta yang

terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka. Turut hadir juga Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia En. Syed Ahmad bin Syed Shahardin, Pengerusi PACSU Melaka Ustaz Nor Hazwan bin Mohamad Rafidzi, Setiausaha PACSU Melaka Pn. Fariyantiyy binti Abharim, Bendahari PACSU Melaka Pn. Haslinda binti Yusman , Ahli Jawatankuasa PACSU Melaka Pn. Arliana binti Haris dan Pn. Masturah binti Mad Som.

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi motivasi khususnya warga PDRM Melaka untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan mengamalkan teras integriti dalam kehidupan serta kerjaya. Ceramah telah disampaikan oleh Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali, Penceramah Bebas. Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh YDH SAC Md Nazri Bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka.Program telah mendapat sambutan yang baik dan peserta mendapat ilmu yang telah disampaikan.

,