SAMBUTAN HARI PEKERJA 2024 ”PEKERJA KESUMA BANGSA”

PUTRAJAYA , 01 MEI 2024 : Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan telah diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sambutan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri , Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Imej WhatsApp 2024-05-14 pada 10.06.14 PG

Tema Hari Pekerja Tahun 2024 ialah  ”PEKERJA KESUMA BANGSA”  dan Logo Hari Pekerja 2024 bertepatan dengan penjenamaan semula Kementerian Sumber Manusia kepada KESUMA .Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kesejahteraan masa depan negara.

Antara yang hadir ialah Saudari Farah binti Shahibi (Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman) , Saudara Fahlawi bin Haji Jamaludin (Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman) dan turut hadir bersama barisan Pegawai Tertinggi PACSU Saudara Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU), Tuan Haji Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU) , Saudara Mohd Azli bin Suhaimi (Setiausaha Agung PACSU), bersama.YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung PACSU).

Dianggarkan juga lebih 3,000 orang terdiri daripada penjawat awam antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia dan jabatan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia hadiri sambutan berkenaan.

Imej WhatsApp 2024-05-14 pada 10.06.14 PG (2)

Selamat menyambut Hari Pekerja 2024, Pekerja Kesuma Bangsa

Ikhlas dari PACSU Cawangan Bukit Aman.

WhatsApp Image 2024-05-14 at 10.06.13 AM WhatsApp Image 2024-05-14 at 10.06.13 AM (1) WhatsApp Image 2024-05-14 at 10.06.12 AM WhatsApp Image 2024-05-14 at 10.06.14 AM (1)

,