PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PACSU CAWANGAN PAHANG 2024

04 Mei 2024 – Pertandingan Ten Pin Boling PACSU Cawangan Pahang Tahun 2024 telah diadakan di Premium Lanes, Bangunan Kuantan Plaza, Kuantan, Pahang. Seramai kira – kira 72 orang peserta yang terdiri daripada ahli pacsu cawangan seluruh Negeri Pahang telah menyertai pertandingan ini.

Tujuan diadakan pertandingan ini adalah bagi memilih pemain – pemain yang akan mewakili PACSU Cawangan Pahang pada Kejohanan Ten Pin Boling Presiden PACSU Malaysia Tahun 2024 yang akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei 2024 DI Aspiration Centre Level 5, Sunshine Square, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Semoga para pemain yang telah berjaya dalam pertandingan ini dan bakal mewakili Pacsu Cawangan Pahang di Kejohanan Ten Pin Boling Presiden PACSU Malaysia nanti dapat terus mempamer prestasi cemerlang sekaligus mengharumkan nama PACSU Cawangan Negeri Pahang sepertimana tahun – tahun sebelumnya.

#BersatuMembantuBersamaPACSU

 

,