LAWATAN SAMBIL BELAJAR PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KE PULAU LANGKAWI, KEDAH

Kedah, 30 Sept 2023 – Pulau Langkawi, Kedah. PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi, Kedah dengan disertai seramai 32 orang ahli PACSU. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh Sdri Marinee binti Mohamad, Pengerusi PACSU Caw. Negeri Sembilan, Sdri Eva Jauhana bt Mohamed Alias, Setiausaha PACSU Caw. Negeri Sembilan dan Sdri Wan Hanita AJK PACSU Caw.Negeri Sembilan. Tentatif lawatan bermula pada 28 Sept 2023 dan berakhir pada 30 Sept 2023 selama 3hari 2 malam. Pelbagai tempat dilawati dan ini menjadi satu kenangan terindah kepada ahli-ahli PACSU yang turut serta. PACSU Cawangan Negeri Sembilan akan terus mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi manafaat kepada ahli-ahlinya.

 

,