Negeri Sembilan, 22/1/2024 – PACSU Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdra Mohamad Rais bin Selamat yang merupakan Ahlijawatankuasa PACSU Cawangan Negeri Sembilan yang bertugas di IPD Port Dickson kerana telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) bagi tahun 2024 sempena Ulangtahun Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang telah berlangsung di Istana Sri Menanti Kuala Pilah. Beliau telah berkhidmat dengan kerajaan selama 39 tahun dan akan bersara pada 1.2.2024. Semoga Sdra Mohamad Rais bin Selamat akan terus maju jaya dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik.