LAWATAN KEBAJIKAN ANAK KEPADA PENGERUSI PACSU CAW. NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan, 5/1/2024 – Sdri Eva Jauhana bt Mohamad Alias, Setiausaha PACSU Caw. Negeri Sembilan bersama Sdri Nuraini bt Razali Bendahari PACSU Caw Negeri Sembilan dan Sdri Nurain bt Sidek AJK PACSU Caw Negeri Sembilan telah membuat lawatan kebajikan ke atas anak Sdri Marinee bt Mohamad Pengerusi PACSU Caw. Negeri Sembilan di Hospital Tianku Jaafar, Seremban. Anak Sdri Marinee bt Mohamad bernama Muhamad Nuaim Ariff bin Othman telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30/12/2023 (Sabtu) yang lalu. Keadaan adik Nuaim Ariff pada hari yang ke6 dalam keadaan stabil. Diharap Adik Nuaim Ariff akan beransur pulih dan sihat seperti semula dan semoga Sdri Marinee Pengerusi PACSU NS tabah dengan kejadian yang menimpa anak nya. Dalam lawatan tersebut Sdri Eva Jauhana Setiausaha PACSU NS telah menyampaikan sumbangan dari PACSU Cawangan Negeri Sembilan.

,