PENGLIBATAN PACSU KELANTAN DI PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM BERSAMA KETUA POLIS NEGARA TAHUN 2023

Kelantan – 25/10/2023 (Rabu) Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023, Ahli Jawatankuasa bersama barisan ahli PACSU Cawangan Kelantan telah menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam bersama Ketua Polis Negara bagi Tahun 2023 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Majlis dimulai dengan memperkenalkan delegasi-delegasi yang hadir. Seramai 300 orang Pegawai Awam dari semua kontinjen dan formasi seluruh Malaysia telah hadir ke perhimpunan tersebut. Turut hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Presiden CUEPACS, Dato’ Dr Hj Adnan bin Mat, barisan Ketua Polis Negeri dan Pegawai-Pegawai Kanan PDRM. Untuk perhimpunan kali ini, Jabatan Siasatan Jenayah telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penganjur. Delegasi dari Kontinjen Kelantan adalah seramai tiga belas (13) orang termasuk lima (5) orang penerima Sijil Penghargaan dari Ketua Polis Negara.

Untuk makluman, seramai 100 orang Pegawai Awam yang telah mempamirkan mutu kerja cemerlang telah menerima surat penghargaan daripada IG Tan Sri Razarudin bin Husain.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Dilla Hj. Roslan

BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU

 

 

,