AJK PACSU CAWANGAN KELANTAN TERLIBAT DENGAN PERTANDINGAN MEMASAK PERKEP JSJN

Kelantan – 07/12/2023 (Khamis) Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan PF/20542 Ros Faradilla binti Roslan telah terlibat dengan Pertandingan Memasak PERKEP JSJN bersama Fasha Sadha dengan kerjasama Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Program ini telah menarik minat seramai (41) orang peserta dari PERKEP JSJN Seluruh kontinjen. Para peserta diberi masa selama 30 minit untuk menyiapkan sajian yang berasaskan produk Numee.

Program yang diadakan bagi mengetengahkan bakat, kreativiti dan kemahiran ini telah diadili oleh YBhg Datin Sri Johariah Urib binti Mohd Ariffin, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama Fasha Sanda selaku Duta Numee dan YBhg. Datin Sri Hajjah Elly Zalihar binti Md Yusof.

YDH CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin bin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang juga penaung PERKEP JSJN turut meluangkan masa hadir memberi sokongan kepada para peserta.

Diharap program sebegini dapat memupuk jalinan ukhwah di kalangan warga PERKEP JSJN. Diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Dilla Hj. Roslan

BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU

,