Kedah, 30 September 2023 – Bertempat di Anjung Sport Centre Kota Sarang Semut, Kedah telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2023 anjuran PACSU Cawangan Kedah.
PACSU Perak telah menghantar seramai 10 orang pemain bagi mewakili cawangan. Turut mengiringi pasukan adalah Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram dan dua orang ahli jawatankuasa.
Kejohanan berlangsung dengan lancar serta semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh kesemua kontinjen yang menyertai. Persiapan dan latihan yang jitu sebelum hari pertandingan oleh semua kontinjen telah memberikan tentangan sengit pada setiap perlawanan.
PACSU Cawangan Kelantan telah dinobatkan sebagai juara futsal lelaki dan menewaskan PACSU Cawangan Bukit Aman pada perlawanan akhir serta diikuti tempat ketiga bersama PACSU Cawangan Pulau Pinang dan Kedah. Tidak kurang hebatnya juga apabila futsal wanita PACSU Cawangan Selangor telah menjadi juara dalam kejohanan ini.
Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada PACSU Cawangan Kedah di atas penganjuran serta pengurusan yang sangat baik terhadap kejohanan ini. Penganjuran aktiviti-aktiviti seperti ini (sukan) bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PACSU se-Malaysia dan mengamalkan gaya hidup sihat.