Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Kali Keempat Penggal Ke-38 (2021-2024) pada 6 April 2023 (Khamis) bertempat di Ancasa Hotel Kuala Lumpur telah dihadiri oleh barisan kepimpinan PACSU Malaysia dan semua Exco Negeri.
Pengerusi PACSU Selangor, En Affendi Bin Kamarudin turut menghadiri mesyuarat tersebut yang membincangkan pelbagai isu dalam PACSU khususnya pelan strategik jangkamasa panjang halatuju perjuangan PACSU demi pegawai awam dalam PDRM.
Semoga perjuangan bersama ini akan memberi menfaat kepada semua ahli PACSU di seluruh Malaysia.