Ipoh, 25 Ogos 2023 – PACSU Perak telah menganjurkan ceramah bertajuk kesihatan mental bertempat di Auditorium Pangkalan Latihan Unit Udara Pdrm Ipoh, Perak. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pn. Rahilah Bt Abd Rahim Pegawai Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Antara informasi yang dapat dikongsikan adalah :
Definisi stres
Merupakan tindak balas dari minda dan fizikal terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran individu. Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan.
Tanda-tanda stres
Psikologikal
- Gangguan tidur
- Depresi dan kemurungan
- Cepat marah
- Kurang penumpuan
- Tidak merasa kegembiraan dalam menjalani kehidupan seharian
- Kurang minat dan perasaan bosan yang berpanjangan
Fizikal
- Sakit kepala
- Kepeningan
- kurang selera makan
- tekanan darah tinggi
- Sakit dada
- Berdebar-debar
Tangani Stres Dengan Kaedah “10B”
- B – Bersyukur
- B – Bernafas dengan Dalam
- B – Bicara Diri
4. B – Beribadat
- B – Berurut
- B – Berkongsi perasaan
- B – Berehat dan mendengar muzik
- B – Beriadah
- B – Bersenam
10. B – Berfikiran Positif
Kesimpulan
Stres atau tekanan adalah merupakan fitrah hidup manusia,setiap tekanan yang datang adalah ujian dari Allah bagi meningkatkan darjat dan martabat seseorang di sisi Allah. Islam menetapkan setiap manusia akan diuji bagi memilih calon terbaik bagi mendiami syurga Allah yang menjadi idaman semua orang.
Turut hadir pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri, barisan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PACSU Cawangan Perak.