Ipoh, 20 Julai 2023 – Bertempat di foyer Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah diadakan mesyuarat ahli jawatankuasa peringkat cawangan bilangan 5 bagi tahun 2023.
Mesyuarat ini membincangkan permasalahan, perancangan dan lain-lain isu bagi tahun 2023. Mesyuarat diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri serta turut dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.