PERUTUSAN PRESIDEN PACSU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1444 Hijrah saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Pegawai Awam, Ahli – Ahli PACSU yang dikasihi.

Saya percaya ramai di kalangan kita yang akan merindui bulan Ramadan yang telah kita lalui. Saya mendoakan agar saudara dan saudari sekalian dikurniakan ganjaran pahala, rahmat dan tahap ketaqwaan yang lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelum ini. Taqaballahu minna wa minum. Semoga Allah Subhana Wa Taala menerima amalan kita semua, Insya-Allah.

Pembinaan program taqwa sepanjang pengajian di Madrasah Ramadan selama sebulan dengan penuh kesabaran dan kehambaan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT telah menjana dan membarakan ketaqwaan dalam menuju insan yang sentiasa taat dan patuh segala perintah Allah seterusnya bulan Syawal yang mulia kita menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah.

Jesteru saya menyeru agar kita tingkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara Pegawai Awam, Ahli – Ahli PACSU kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi serta menutup segala ruang perpecahan.

Benarlah firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara…”

Sabda Rasulullah SAW;

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Sentiasalah bermaafan dan lontarkan senyuman bagi membentuk satu suasana kerja yang lebih ceria, harmoni, bekerjasama dan berlapang dada.

Selamat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sambutlah Aidilfitri dalam lingkungan syariah, saling bermaafan dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati, sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman berhati-hati dijalanraya.

Akhir kata, kepada Pegawai Awam, Ahli – Ahli PACSU yang dikasihi, saya mewakili Pegawai Kanan PACSU Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin”.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Semoga sentiasa dirahmati Allah swt. Ameen.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

ANUAR BIN MAMAT

PPN, PPW, PB, PK, PPC

PRESIDEN PACSU MALAYSIA

Selamat Hari Raya

 

Perutusan Presiden PACSU

,