PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM PDRM KE-14

Kangar, 5 Oktober 2022 – Meskipun hampir dua tahun tertangguh akibat penularan COVID-19, Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kali ke-14 hari ini berjaya menghimpunkan lebih 300 pegawai awam dari semua kontinjen di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini pagi tadi.
Berucap sempena majlis tersebut, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK PDRM) selaku penganjur dan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), atas jalinan usaha dalam merealisasikan perhimpunan kali ini.
Hadir sama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS, Dato’ Haji Adnan Mat, Pengarah JPJKK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Aidi Ismail, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Surina Saad, barisan Ketua Polis negeri, Presiden PACSU, Encik Anuar Mamat, para pegawai kanan dan anggota PDRM, ahli-ahli EXCO PACSU, Presiden dan wakil SPOCSU dan SPACSU serta para perwakilan dari seluruh kontinjen
.309619225_406545538333547_3035076399333516940_n 309933435_406545871666847_6621923086406794586_n 310585959_406540478334053_6161023992112731030_n 310683562_406540438334057_6246165782315040291_n 310744294_406540351667399_3460525095244818270_n 310753688_406540255000742_3611973855450144014_n 311135263_406540608334040_4464645688113585951_n
,