MAJLIS HI TEA PACSU SELANGOR

Majlis Hi-Tea meraikan barisan mantan kepimpinan & AJK tertinggi PACSU Selangor yang diadakan di Klang Executive Club (KEC) semalam.
Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan serta mengingati jasa dan bakti barisan-barisan kepimpinan yang lama dalam PACSU Selangor setelah mereka berjuang dan memberikan komitment tertinggi dalam memastikam PACSU Selangor sentiasa relevan memperjuangkan pelbagai hak pegawai awam khususnya yang bertugas dalam PDRM.
Majlis ini juga bertujuan untuk mengenang pengorbanan mereka yang memegang kepimpinan lebih dari 10 tahun dan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pegawai awam di kontinjen Selangor.
Pengerusi PACSU Selangor, En Affendi Bin Kamarudin turut mengambil peluang mengedarkan wang sumbangan kebajikan kepada beberapa orang ahli dalam majlis ini bagi mengurangkan beban yang dialami oleh beberapa orang ahli PACSU di Selangor. Semoga majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah bersama dan semoga ia menjadi medium dalam kita berkongsi pengalaman bersama khususnya dalam perkhidmatan bersama PDRM.
321463131_689780815936732_7173973831441408421_n 322001945_576870517581844_905123832461994497_n 322504760_1138369843490050_2386128611904331653_n 322691257_1195151454420075_4687613487482825922_n 322718115_1233864097217243_7582091094734480788_n 322960863_722301872548745_6136148934887142502_n 323644019_1276645292891887_3137988148624196503_n 323712823_463772649302340_3728558066437953864_n 323884477_2782537305210950_3989289425549209493_n
,