Pengkalan Hulu, 15 Mac 2023 – PACSU Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu telah menganjurkan Kursus Imej Dan Keterampilan Diri.
Imej dan penampilan diri adalah perkara yang dititikberatkan terutamanya apabila berada di tempat kerja. Hal ini kerana penampilan diri seseorang individu itu boleh mencerminkan sikap dan peribadinya.
Jesteru itu, penampilan yang digayakan ke tempat kerja haruslah bersesuaian dengan budaya kerja sesebuah organisasi tersebut khususnya PDRM. Penampilan di tempat kerja ini penting kerana:
- Memberi keyakinan terhadap diri sendiri;
- Sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan;
- Mendapat tanggapan yang baik;
- Untuk kelihatan terbaik di tempat kerja.
Sesi taklimat penampilan diri dan tatahias disampaikan oleh jemputan khas iaitu Pn. Rosnorlida Yusof, Mary Kay Senior Sales Director.
Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu YDH DSP Zulkepli bin Ibrahim. Turut hadir ASP Zuraidah binti Mohd Noor, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Pengkalan Hulu, ahli-ahli PACSU Daerah Pengkalan Hulu seramai 20 orang serta dua orang wakil Ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.