Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Menjelang kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi Tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah pastinya akan mengubati kerinduan orang-orang mukmin yang merindui Ramadhan, kerana hadirnya membawa seribu rahmat, maghfirah serta keampunan dari Allah SWT.
Ibadah puasa adalah satu ibadah yang istimewa. Ia satu ibadat yang kita lakukan tanpa sesiapapun mengetahui kita sebenarnya sedang beribadat kepada Allah. Tidak seperti ibadat lain yang boleh dilihat dengan nyata dari segi perbuatan, ibadat puasa tidak boleh dilihat. Kita sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara- perkara yang boleh membatalkan puasa kita. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan kali ini, adalah satu anugerah yang harus kita hayati, untuk kita menginsafi diri akan kekuasaan dan kebesaran Ilahi, dengan memperbanyakkan amal ibadah serta memohon keampunan dan perlindungan-Nya.
Sama-samalah kita berdoa moga Ramadhan yang penuh keberkatan ini, membawa cahaya keberkhatan kepada kita semua. Semoga Allah SWT melindungi kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ikhlas dari Presiden dan Pegawai Kanan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU).
Kalau Siang Ada Matahari,
Kalau Malam Ada Bintang Dan Bulan,
Mari Kita Mensucikan Hati,
Untuk Menyambut Bulan Suci Ramadhan.