LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PACSU CAWANGAN PERLIS

Perlis, 03 Februari 2023 – Lawatan kebajikan keatas Pegawai Awam PF/24887 Noor Azlyn Binti Daud yang bertugas di Cawangan Perlesenan, Jabatan Pengurusan IPK Perlis. Puan Noor Azlyn telah melahirkan seorang anak perempuan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis pada 09 Januari 2023.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Biro Kebajikan PACSU Cawangan Perlis Puan Wan Zainora Binti Isa dan AJK PACSU Cawangan Perlis Puan Rozita Binti Shaari di rumah Puan Noor Azlyn di Kampung Simpang Sanglang, Perlis.

Semoga Puan Noor Azlyn dan anak diberi kesihatan yang baik disamping keluarga.

,