Pada 16 Ogos 2022 jam 4.45 petang bertempat di Pintu Keluar Utama IPK Melaka telah berlangsung Program Kibarkan Jalur Gemilang sempena Merdeka 2022 oleh Pengerusi PACSU Melaka Sdr Khairi dan jawatankuasa PACSU Melaka. Turut serta Pegawai Pelajaran Sdr Syed Ahmad Syed Shahardin.
Program Kibarkan Jalur Gemilang ini iialah acara sambutan merdeka oleh PACSU Melaka dimana Pengerusi & Jawatankuasa yang hadir beratur di Pintu Masuk IPK Melaka menanti kepulangan mereka yang bekerja untuk menyampaikan bendera-bendera kecil sebagai semangat menyambut Merdeka 2022. Bendera-bendera tersebut dibeli hasil kutipan dari semua Jawatankuasa semasa Mesyuarat Jawatankuasa pada 9 Sept 2022. Alhamdulillah mendapat sambutan baik dari semua Jawatankuasa.
Bermula jam 5,00 petang setiap kenderaan yang melalui Pintu Keluar IPK itu akan diberikan atau dipasangkan bendera kecil tersebut. Alhamdulillah sambutan agak baik dan program seperti ini boleh diteruskan sebagai salah satu aktiviti Pacsu Melaka setiap memnjelangnya hari Merdeka.